You are here: Home About This Web Site

About This Web Site

E-mail Print PDF
Laman web ini saya bina khusus untuk menyediakan bahan-bahan pembelajaran bahasa Arab untuk pelajar-pelajar bahasa Arab UiTM khususnya dan orang awam amnya. Buat masa ini, laman ini mempunyai masih banyak kekurangan kerana ia masih di peringkat awal pembinaan. Mula dibina pada pertengahan Januari 2010. Insya-Allah, isinya akan ditambah dari masa ke semasa bergantung kepada kelapangan masa saya.

Jika ada maklumat dalam laman ini tidak betul atau kurang tepat, harap dapat maklumkan kepada saya. Saya bukanlah seorang pakar dalam bidang ini, tetapi akan berusaha sedaya upaya ke arah itu.

Tujuan utama pembelajaran bahasa Arab di UiTM adalah antaranya bagi memastikan setiap pelajar dapat bertuutur dalam bahasa ini dengan baik. Saya akan berusaha memberikan input yang terbaik buat mereka asal sahaja ada keinginan dan kemahuan serta tekad yang tinggi dalam diri pelajar untuk menguasai bahasa Arab. 
Last Updated ( Sunday, 01 May 2011 22:55 )  

Advertisement

Advertisement

RSS Feed

Copy URL ini dan masukkan di web anda
http://abqarie.com/alarab/index.php?format=feed&type=rss