New Definitions
A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z
| apabila/jika/sekiranya (إذا الشرطية dan إن الشرطية) | إِذَا / إِنْ English: if Contoh إن الشرطية : Jika awak belajar, saya akan beri awak hadiah [ إِنْ دَرَسْتَ أَعطَيْتُكَ هَديةً ] Contoh إذا الشرطية : Apabila/jika/sekiranya awak belajar, saya akan beri awak hadiah [ إِذَا دَرَسْتَ أَعطيتُكَ هديةً ] Nota: Perbezaan Antara Dua Adat Syarat إذا الشرطية dan إن الشرطية daripada segi makna. Perlu diketahui bahawa, kebanyakkan fi’il yang berada selepas إذا الشرطية ialah fi’il madhi berbanding dengan fi’il mudhari’. Penggunaan إذا الشرطية : - Menunjukkan sesuatu yang pasti berlaku/ yang tidak dapat dipersoalkan lagi. Penggunaan إِنْ الشرطية: - Sesuatu benda yang nak didapatkan itu menjadi syak/ragu/sangsi. Contoh إِذَا / إِنْ : إِنْ دَرَسْتَ أَعطَيْتُكَ هَديةً إِذَا دَرَسْتَ أَعطيتُكَ هديةً Penerangan: -Dari sudut penggunaan fi’il, kedua-dua ayat mengunakan fi’il madhi. - Fi’il tersebut hanya madhi pada lafaz sahaja (ماضي اللفظ مستقبل المعنى). Adapun dari sudut makna, ianya membawa makna akan datang. - Pada ayat yang menggunakan إن seolah-olah anda tidak yakin dengan tindak balasnya terhadap apa yang anda mahu dia lakukan. - Pada ayat yang menggunakan إذا , anda cenderung untuk mempercayai usahanya dan ketekunannya. Rujukan: Ustaz Ashafizrol |
|
|
.. |
||
Back