New Definitions
A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z
| Kaf al-Khitab كاف الخطاب | Kaf al-Khitab (Arab : كاف الخطاب) Oleh Ustaz Ashafizrol Abd Hamid Kaf al-Khitab (Arab : كاف الخطاب), seperti كَ, كِ, كُمَا, كُمْ dan كُنَّ akan dihubungkan dengan isim isyarah apabila sesuatu ayat itu ditujukan kepada pihak kedua (kamu). Contohnya : وَنُودُواْ أَن تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُون الأعراف : 43 Isim isyarah dalam ayat di atas ialah تِلْكَ dan musyar ilaihnya ialah الجَنَّة. Jadi تلك الجنة. Persoalannya mengapa perlu ditambah كُمْ selepasnya? Sebab ayat itu ditujukan kepada pihak kedua berjumlah ramai. Buktinya ialah fi`il selepasnya, iaitu أورِثْتُمُوهَا. Contoh lain : فَذَانِكَ بُرْهَانَانِ مِن رَّبِّكَ القصص : 32 Isim isyarah ialah ذَانِ dan musyar ilaihnya ialah tongkat nabi Musa العصا dan tangan putih بياض اليد sebelumnya. Sementara كَ yang dihubungkan dengan isim isyarah itu pula merujuk kepada pihak kedua yang ayat itu ditujukan kepadanya. Pihak kedua itu ialah seorang lelaki. Buktinya dhamir yang terdapat pada ربِّكَ . Contoh lain : ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُون العنكبوت : 16 Isim isyarah ialah ذلك dan musyar ilaihnya pula adalah اعبدوا الله واتقوه. Kaf al-khitab كُمْ pula merujuk kepada pihak kedua lelaki berjumlah ramai. Buktinya إن كنتم تعلمون. Nota : Nak tau lebih lanjut, sila rujuk buku-buku Nahu. Sebagai contoh kita al-Jumal al-Zajjajiyy, bab al-Mukhatabah atau al-Usul fi al-Nahw Ibn al-Sarraj dalam bab الباب الثالث من المبنيات: وهو الاسم الذي يشار به إلى المسمى. Kitab al-Usul ni boleh lihat link di bawah : http://shamela.ws/browse.php/book-7365/page-618#page-618 Lepas ni diharap kita semua tahu cara mengguna تلكم, ذلكم, ذانك أؤلائكم, أولائكَ, أولائكِ, تَانِكَ, تَانِكَ, تَانكما dan sebagainya. Bukan main hentam sahaja. |
|
|
.. |
||
Back