UKM d Hatiku..
Entah tiba-tiba hatiku terasa amat sayu ketika menyiapkan urusan terakhir di Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam. Dalam dua minggu terakhir aku berada di sana, macam-macam pengalaman dilalui. Minggu pertama kuhabiskan masa lima hari di sana, tapi urusan tak sempat diselesaikan. Aku balik ke Kota Kinabalu. Beberapa hari selepas itu, kuterbang lagi ke sana. Kali ini kuperuntukkan 2 hari cuti (Khamis & Jumaat).