Pengenalan

Pembinaan aplikasi Android hari ini semakin digemari ramai. Ini dapat dilihat apabila wujudnya banyak laman web yang menyediakan platform pembinaan aplikasi ini secara WYSIWYG. Para pelajar sekarang juga lebih banyak menggunakan telefon pintar dalam mendapatkan nota dan panduan pembelajaran mereka. Menyedari kepentingan ini, tutorial pembinaan aplikasi ini sedikit sebanyak dapat merancakkan lagi penghasilan aplikasi-aplikasi bermutu untuk dijadikan rujukan generasi akan datang, terutama dalam bidang bahasa Arab.

Sebagai umat Islam, kita kena faham bahawa segala kerja baik yang kita buat pasti akan diganjarkan oleh Allah S.W.T. Jika kita membina aplikasi untuk kebaikan, untuk manfaat ilmu, dan kemudiannya orang lain dapat mengambil manfaat daripadanya, ia boleh dianggap amal jariah kita untuk Hari Kemudian ان شاء الله.

Syarat-syarat Penyertaan:
1. Percuma dan terbuka untuk pelajar-pelajar bahasa Arab SAHAJA.*
2. Hanya untuk pelajar yang betul-betul berminat sahaja.
3. Selepas tutorial, para peserta dikehendaki menghasilkan satu aplikasi pembelajaran bahasa Arab mengikut silibus atau pengetahuan masing-masing.
4. Masa yang diberikan untuk pembinaan adalah 1 (SATU) bulan.
5. Peserta yang tidak dapat hadir pada saat-saat akhir diminta mencari pengganti untuk menghadirinya.
6. Peserta-peserta yang menghasilkan aplikasi terbaik akan diberikan hadiah (dan juga promosi).
7. Aplikasi yang telah siap (.apk) hendaklah dihantar kepada saya melalui laman web ini (borang akan disediakan) untuk dinilai.

Penceramah & Fasilitator
En. Mazuki Izani Al-Androidi

Tarikh Program

2 November 2017

Masa
2 jam

Isi Borang Penyertaan
# 2 November 2017, jam 08-10am (sesi pagi) – open!
# 2 November 2017, jam 02-04pm (sesi petang) open!

———————————————————–
*Jika ada kekosongan, pelajar lain yang bersedia menghasilkan aplikasi bahasa Arab akan dipertimbangkan.

Tutorial Asas Pembinaan Applikasi Android

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *